Friday, April 20, 2012

..3 in 1....

holla2..bloggie.....

pe kabo sumer...
erm..title entry kali ni 3 in 1...ade sbbabnyer....

actualy yaya dpt offer utk jd cikgu..erm...nk taw ckgu katne?
cikgu tuisyen je ler....idok la cikgu skola....keh3

yaya dah stat mngaja da pd 19 apr...
knp yaya ckp 3 in 1..haa...coz..yaya kne aja subject sejarah, english and Pendidikan islam...
so...cikgu,teacher,ustazah...3 in 1...
sbject yg yaya aja ni sume xde berkait langsong....

so...
erm...mule la stduy balik sbjek2 skolah mnengah ni haaa....
aigio...
xpe tambah ilmu....
luas pengetahuan...*aik cam slh je ungkapan 2...
and bermulalah aktiviti punggah2 stor tok cari buku2 skolah mnengah dlu...*encik ayah pon da naik pening tgok stor dah bersepah2 gare2 yaya yg sepahkan..hak3..sori encik ayah....


erm...akhirnye impian yaya tok jd sebahagian warga pendidik tercapai jgek....
actualy da lme da nk jd cikgu..cume x confident je....
thanx to my puan Ibu sbb bg sokongan n bg idea cmne nk mengajar student2 dgn cara yg interesting....muahhh!!










ok...yaya xde lah sepandai korang yg memang ade experience dlm mengajar or  mang giler2 genius...tp yaya cube curahkan ilmu dekat anak bangsa sendri..bile lagi yaya nk berbakti pd anak2 bangsa kn...huhuu

korang...doakan yaya ye supye dpt mengajar dgn cemerlang n terbaik.....





# psst..pssstt jgn lpe..nantikan sambungan cinta tarik tali xlme lg...skrang dlm progresss....huhu

Monday, April 16, 2012

:: CiNta TarIk Tali:: penuLisan sulungku....

holla..bloggie..ni penulisan yaya yg sulung...sorry klu xshedap ye....sila2lah bce...huhu "_")


Pagi yang hening membuatkan seluruh tubuhku menggigil. Aku buka dedaun tingkap untuk menikmati pemandangan pagi di sekitar kampusku...hanya kabus yang kelihatan mengaburi  pandangan ini..Walaupun kabus tebal mengaburi pemandangan di sekitar kampusku yang juga dikenali sebagai Beting Highlands sebab ala-ala Cameron Highlands cuacanye pada waktu pagi.
Sempat aku mengelamun seketika. Tiba-tiba rakan sebilikku Hani datang menerpa ke arahku dari belakang sekaligus memeranjatkanku lantas lamunanku terhenti..

      “Amboi Dee jauhnye ko mengelamun...haish..ingat dekat siapa tu???...hehe”
     “Eh mana ada aku ingat siapa-siapa la...aku just nak menikmati keindahan Beting Highlands kite ni pada        waktu  pagi je...asal termenung je ingat ak pikir sapa2 ea...aish...” kata aku berseloroh sambil mencubit hidung Hani. Hani hanya mampu tertawa je...

“Dee ,ko klas kol bpe arini?” Tanya Hani Kepada Dee.
“Erm...kol 9..nape? ko nak mintak tolong ape?”Tanya Dee pulak.
“ala..aku just tanye je la ko ni...aku ni kan roommate yang caring...huhu”kata Hani berseloroh.
“Eleh..masuk bakul angkat sendiri nampak...?erm..yela2 ko la roommate aku yang paling caring dkt dunia ni....erkkk...” kata Dee dengan nada yang mengejek.

Tidak lama kemudian Dee tros mencapai tuala yang tersidai di belakang pintu dan tros berlalu pergi ke bilik air  bersiap untuk ke kelas.
Sedang bersiap, kedengaran bunyi nada dering telefon bimbit Dee mendendangkan lagu “Someone Like You” nyanyian Adele. Lantas Dee menjawab panggilan tersebut. Kedengaran suara Nadirah di talian.

“Dee, ko dah siap blom? Ak, yana and ija da ade kat pondok bawah kolej ni...”
“erm, otw2 kjap2 nk pkai tudung...”dalam hati Dee sempat bermonolog sendiri sambil tersenyum.
“hehe...tipu sunat lagi arini..padahal baru  nak pakai baju”

Harini merupakan hari pertama aku untuk semester 5 sebagai pelajar Diploma Sains Biologi di UiTM N9. So, bermulalah juga azam baru aku untuk semester ini..iaitu untuk belajar bersungguh2 dan cuba sedaya upaya meningkatkan lagi pointer CGPA aku...insyallah...

Dalam perjalanan kitorang menuju ke fakulti kami...[FAKULTI SAINS GUNAAN] sempat la jugak  bersembang tentang aktiviti2 yang dilakukan sepanjang cuti semester yang lepas..masing2 punyai pengalaman dan cerita2 yang menarik...ade yang bekerja sambilan dekat shopping complex, ade yang pergi melancong,ade jugak yang menjadi fasilitator untuk adik2 junior yang baru mendaftar semester 1....bagosla...semuanya buat aktiviti yang bermanfaat pada waktu cuti...

Tidak lama kemudian,kitorang pon sampai la ke kelas pertama untuk semester 5 ini... first class kitorang bermula dengan subjek Organic Chemistry II  yang diajar oleh Puan Hanisa. Pandang pertama...
Lecturer ni boleh tahan la okey ...xgarang..heheh...(stiap student mesti akan judge lecturer lu waktu 1st time masok klas....same goes to me)


                                                                             




                                                                                              


                                                                                                           To be continued..................

watak dlm cerita ini tdk ade kne mengena antara yg idop atau yg mati....harap maklom XD

nantikan episod sterusnyeee....:)




Saturday, April 14, 2012

K0sOng 0-0-0-0 ________ :P

haila..haila...
bloggie2..skang ni yaya tgah menggila dgn lagu ni...huhu...jom la..cbe hayati lirik lagu ni....



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong
Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong 
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Najwa Latif - Kosong Lirik


                     Ha...ni la tuan punye lagu...adik najwa latiff kite..yg fofular ngn lagu Cinta muka Buku 2....huhuu

Jangan berharap pada sesuatu yang belum pasti "_")

title entry kali ni bertjok cm 2...nk taw sbb ape....huhu

kt klu suke dkt somthing..jgn letakkan sepenuh harapan utk dptkannya...krn belum pasti lagi ia akn mnjdi hak o milik kite...
tapi..ia akn tercpai jika kt berusaha ke arh utk mendptknnye....hurm...


I.allah...dengan izin-Nya kita akn memperolehinya....amin..~


pEaCe "_")

Monday, April 9, 2012

inspirasi hati

Kasih kaulah inspirasiku...


Bila sendirian fikiranku buntu 
Mengingati dirimu 
Dikau tiada lagi di sisiku 
Hatiku sayu bertambah pilu 

Kasih kau inspirasiku 
Kau mengajarku erti kehiduran ini 
Takkan ku lupakan nasihatmu 
Kerna ianya berguna untukku 

Seringkali aku berdoa pada-Nya 
Agar tabah menyusuri hidup ini 
Ya Allah berilah ku kekuatan 
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar 

Sekiranya ku mendapat pengganti 
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
Banyak membantu dan mendorongku 
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya 



Seringkali aku berdoa pada-Nya 
Agar tabah menyusuri hidup ini 
Ya Allah berilah ku kekuatan 
Untuk tempuhi dugaan yang mencabar 

Sekiranya ku mendapat pengganti 
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
Banyak membantu dan mendorongku 
Menjadi hamba yang taat kepadaNya, 

Sekiranya ku mendapat pengganti 
Ku harapkan insan sepertimu oh kasih 
Banyak membantu dan mendorongku 
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya 

Walau dirimu tiada lagi 
Tapi hatiku tetap kepadamu 
Kenangan bersamamu subur mewangi 
Takkan luput dari ingatanku 
Takkan luput dari ingatanku....

Friday, April 6, 2012

Jarak Itu Menjaga AKU & DIA


salam..holla bloggie..:)
Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.
Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)."
[Ali 'Imran, 3:14]
Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku
Seperti insan lain, aku jua merasai perasaan itu. Perasaan yang bukan baru semalam berputik, tetapi telah hampir 5 tahun aku pendam. Aku sering tertanya-tanya salahkah untuk aku mempunyai perasaan yang bukan aku reka atau cipta, perasaan yang hadirnya tak pernah aku paksa, perasaan yang tak berubah sedikit pun walau banyak dugaan menimpa. Namun dalam aku melangkah menyusuri perasaan itu, aku sering dilanda rasa khuatir. Aku khuatir andainya rasa cinta ini melebihi rasa cintaku pada-Nya. Aku khuatir andai rindu yang aku pendam melebihi rinduku pada-Nya. Diri ku dan dia diikat dengan satu ikatan di dalam hati. Ikatan yang tak perlu aku dan dia lafaz melalui bicara kata.
Cukuplah rasa ini aku pendam dan dia juga memendam rasa yang sama. Jasad aku dan dia beribu batu terpisah. Hati aku dan dia juga beribu batu menjauh. Kini, wajahnya pun mungkin telah menjadi samar-samar di ingatanku. Suaranya seperti ku ingat-ingat lupa di telingaku. Rinduku padanya yang tidak menentu telah menjadi rindu yang ada hala tuju.

Saat aku dan dia menjauh
Pernah satu ketika dulu, aku kecewa dengan keadaan ini. Aku rasa seperti tidak sempurna dengan ketidakhadiran dia disisi. Namun kini, aku mengerti mengapa dia makin menjauh dari aku. Aku hormat keputusannya kerana aku tahu semua ini dia lakukan demi kebaikan aku dan dia.Teringat aku bicaranya tentang kisah kami. Kami dipertemukan dalam keadaan yang aneh sekali. Dalam keadaan saling tidak mengenali, perasaan yang tidak disangka-sangka hadir dalam diri kami. Sehingga kini, aku masih tidak mengerti bagaimana perasaan itu hadir dan bercambah sehingga ke saat ini.
Oleh itu, aku megerti mungkin pertemuan yang aneh ini harus jua dilalui dengan jalan yang aneh. Biarlah 'JARAK' ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar di dalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan ya-Rabb. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Jarak ini menjaga aku dan dia
Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
(Ar-Ra'd 13:28 )
Aku sedar, aku insan yang masih rapuh. Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia....

Amin~

=.= hope jarak ini mnjaga kberkatan aku & dia...

~ALhamdulillah~

holla bloggie!!!

xtaw la ati ni rse ber"flower2" plek an.....
gara2 apbila mndpt 'pesanan ringkas' dpd mr ...huhuhu
ingtkn abis je sem da lpekan kt...alhamdulillah...jalinan ukhuwah itu msih ade...moge ia dberkati..
thanx 4 take care abot me...hew3..(gedix r plek an)..dush3...
rse d appreciate pon ade gak en...ala stiap org akan merasainye dlm idop ...
ok...mr kje la bek2 k...xmo ponteng2 n curi tulang ye...

keh3~


huhuhu...:)

Sunday, April 1, 2012

kenangan semester akhir =.=

salam...
holla bloggie!

how r u??
da brabok rsenye blog yaya ni..huhu

hurm...pejam-celik-pejam-celik...
pengajian diploma yaya dh pon tamat...
dlu time mule2 dpt twaran dr uitm..punyela memikirkan tempoh belaja slame 3 tahun 2 lme...huhu
rupe2nye cm ni rsenye 3 thn...xsdar pon dh 3 thn..huhu

hua!!
rse sdey sgt especially ble terpakse berpisah ngn kwn2 sediploma ..classmates,housemates n mmbe2 komander...
I'M GONNA MISS U ALL!!!!

tol..rndu sgt2 ngn korang....
hope degree t kt sume jmpe blik..n hope kt jmpe time graduate nnt...

"nnt kawen jgn lpe jmpot" - ayat wajib mmbe2 time nk bpisah ritu~

ak pasti akn merindui "mr" ak....hanye ak je yg taw spe...huhu..i'm gonna miss u "mr"..hope kt jmpe lg..:)































ni la sorotan n coretan terakhir ku d UiTM N9...selama 6 sem...:)