Thursday, March 17, 2011

wAnItA2 PeRiNdU sYuRgA


Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga.
 Dalam Al Qur'an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-kenikmatan Syurga.
"(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya
 ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah
 rasanya, sungai-sungai dari khamr (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu
 yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb 
mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga
 memotong-motong ususnya?" (Muhammad : 15)

Nikmatnya Syurga!

Di samping mendapatkan kenikmatan-kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada
 Allah SWT kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-bidadari Syurga nan 
rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur'an yang mulia, di antaranya :
"Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik."
 (Al Waqiah : 22-23)
"Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak
 pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) 
dan tidak pula oleh jin." (Ar Rahman : 56)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Ar Rahman : 58)
"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka
 gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al Waqiah : 35-37)
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-keutamaan wanita penduduk Syurga dalam
 sabda beliau :
" ... seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan
 menyinari antara keduanya (penduduk Surga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau
 wangi-wangian. Dan setengah dari kerudung wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik 
daripada dunia dan isinya." (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)
Dalam hadith lain Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara
 yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan
 oleh mereka : "Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri 
kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan." 
Dan mereka juga mendendangkan : "Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati.
 Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal,
 tidak akan pergi." (Shahih Al Jami' nombor 1557)

Ciri-ciri Wanita Syurga

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan
 tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan
 yang sama dengan yang diperoleh penduduk Surga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya 
selama di dunia.
Di antara ciri-ciri wanita ahli Surga adalah :
01Bertakwa
02Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat,
 dan takdir yang baik dan buruk
03Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah
 hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan,
 dan naik haji bagi yang mampu
04Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa
 Allah melihat dirinya.
05Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap
 azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir
 Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
06Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika
 sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata
07Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
08Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk,
 serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

09Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, 
memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan
 orang yang menzaliminya.
10Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah
 dan memaafkan manusia
11Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk
12Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan
 kejelekan orang lain (ghibah)
13Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14Berbakti kepada kedua orang tua
15Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu' 
Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423.
 Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita
 Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
~o~o~o~o~o~o~0~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`o`~o`~o~o~o~o~o~o~o~O~O~`````o~~~~~~o~~~~~~o~~~~~o~~~~~~~~~`

No comments:

Post a Comment